Friday, December 09, 2011

Rumah dipecah masuk




Maaf korang ida jarang update entry sekarang ni,agak sibok siket..huhuhu..Macam2 masalah melanda sekarang ni…

Bak kata sorang pakcik tu dalam citer Tentang Dhia, dimana ALLAH akan memberi  ujian pada hambanNya yang dikasihi kerana setiap masalah yang dihadapi akan mendekatkan diri kepadaNya..
Bila dgr pkcik tu cakap mcm tu,buat ida terpikir..betol jugak sebab bila kita hadapi masalah barulah kita terkontang kanting buat ibadah mintak pertolongan dariNya tapi apabila diberi sedikit kesenangan,kita alpa dan lupa akan diriNya dan tidak mensyukuri nikmat yang diberikan…


Mcm kes yang terjadi baru2 ni dimana rumah akak ida iaitu umah kak la telah dimasuki pencuri dan dia telah selongkar hampir segenap rumah menyebabkan kak la rasa fobia untuk tinggal bersendirian dirumah..mujurlah masa pencuri itu masuk, kak la dan anak-anak tiada dirumah…syukur sangat masa tu tiada kecederaan yang berlaku dan hanya sebilangan kecil sahaja barang yang dicuri macam, pemain DVD, cincin emas, beg pakaian, pisau….tak banyak sangat dicuri kerana kak la baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan tu,jadi barang yang ada dalam rumah tidak banyak sangat…


Bagaimana tahu rumah dipecah masuk?
Tahu sebab ida n ma abah yang hantar kak la balik rumah dan bila masuk tengok keadaan rumah yang tak berkunci kecuali pintu pagar yang berkunci…bila masuk,semua berselerak…nmpak pucat muka kak la time tu, dan dia cuba periksa apa yang hilang…Alhamdulillah,x banyak barang yang hilang..Cuma takut jer..ye r, sebab sudah ada orang pecah masuk rumah dan dia dan tahu keadaan rumah macam mana..dan kemungkinana besar dia akan pecah masuk lagi…


Kak la jarang ada kat umah sebab bekerja ikut shif dan bila cuti dia akan pulang ke rumah kat machang dan suami kak la lak bekerja jauh di gua musang..jadi rumah tu sentiasa dibiarkan kosong..Cuma harapkan jiran2 terdekat jer datang jengok2 kalu ada apa2 yang mencurigakan..







p/s:Bersabar yer kak la,ada hikmahnya kenapa terjadi semua ini selepas kejadian raya hari tuuu...uhuuhuhu

opps,kita terbaCa ciTer U laa,pat-pat komen tow

No comments: